Pages

Sunday, December 27, 2009

Antara wanita solehah dan wanita melayu

"Antara wanita solehah dan wanita melayu terakhir, yang mana akan dipilih?"

Kuku cirikan kedua wanita ini bagaimana, seorang wanita solehah, hanya amalannya, dan ilmu agamanya tinggi, tapi satu je kelemahannya, dia tak lah pandai seperti wanita melayu terakhir, yang pandai menggoda, yang pandai memasak makanan kegemarannya, yang boleh membuai, malah untuk bermanja juga mungkin agak malu baginya. Tidak seperti wanita melayu terakhir, lenggang lengguknya sangat mengasyikkan, wajahnya ditata riaskan sehingga cantik dipandangan, dan bila bercakap, alahai, suaranya melayut-layut. Siapakah pilihan engkau wahai kaum adam?

Rata-rata yang jawab, semuanya kata inginkan wanita solehah. Kuku provonya dengan mengatakan walaupun wanita itu tidak pandai menghiburkan kamu, walaupun dia tidak pandai untuk mengambil hati kamu dengan masakannya kegemaran kamu, dan walaupun dia hanya kaku melakukan tugas harian seperti seorang maid. Sanggupkah? Kuku tahu, lelaki memang sukakan dibelai, bergurau, dan suka pula dihiburkan. Lalu Kuku provokkannya dengan soalan sebegitu. Sengaja, Kuku memang sengaja untuk akal dia waras berfikir dan berpijaklah pada alam realiti, engkau bukan boleh dapat apa yang berada di dalam fikiran engkau.

Bagi lelaki yang memilih wanita melayu terakhir, Kuku provoknya dengan soalan, walaupun dia manja yang meluat, walau dia kuat merajuk, walau dia tak pandai dalam urusan agama, dan serba serbi mengenai hukum hakam dia tak tahu? Kuku memang tahu, seorang lelaki hatta kaki rempit juga menginginkan seorang wanita solehah di pandangannya yang tahu urusan agama lalu aku sengaja provok dengan soalan sebegini. Sengaja supaya sekali lagi Kuku ingin menyatakan, selidik diri dahulu sebelum mengimpikan sesuatu.

Memang sengaja Kuku lontarkan soalan-soalan begini, kerana lantaran Kuku melihat di dada akhbar, bukan takde seorang ustazah di pukul oleh suaminya, seorang isteri yang wanita melayu terakhir pula mengikis harta suaminya sehingga sehelai sepinggang malah, seorang ustaz juga sudah berani-berani tangannya meletakkan hukum memukul itu di tahap pertama.

Berani Kuku memprovok bukan bermakna tiada jawapannya. Kuku sengaja provok, provok untuk mengajak berfikir. Sesungguhnya, jawapannya satu sahaja, "PERANAN"

Siapa yang berani berkata mereka sudah memahami peranan masing-masing. Rata-rata ramai yang tak menyedari peranannya jarang-jarang dilakukan dengan sebaiknya. Terlalu ramai yang mengatakan bahawa mereka memahami peranan mereka tetapi bila berumah tangga, kepala pusing, rambut sudah rontok, hati tidak bahagia kerana mengharapkan pasangannya memahami tanggungjawab tetapi tidak menghadami peranannya sendiri.

Acap kali Kuku melihat seorang suami berfoya-foya di luar, alasannya kerana isteri di rumah tidak memahmi apa yang dia inginkan pada seorang isteri. Pernah satu masa, adik kata pada Kuku, seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri. Lelaki nakkan isteri, bukannya maid. Apa yang kita faham keinginan seorang suami inginkan seorang isteri? Fahamkah wahai isteri-isteri, apa yang dikatakan sebagai seorang isteri.

Dan seorang suami, adakah peranan telah dijalankan dan adakah sudah terjawab suatu kekusutan?

Sesunggunya wahai seorang lelaki, terimalah seadanya isteri anda, siapa pun, walaupun dia bukan lulusan pengajian agama, hatta tiada pegangan agama yang kuat tetapi sesungguhnya ijab dan qabul itu adalah peralihan tugas untuk membimbing si isteri.

Seorang wanita yang sudah mempunyai pegangan agama, pandai si suami mengungkap, dia akan sedar seorang suami inginkan sesuatu dan sesungguhnya dia lebih memahami bahawa redha Allah terletak pada redha si suami. Dan sudah pastilah sedayanya dia berusaha untuk menghiburkan suaminya atas ungkapan inginkan redha Allah.

Dan seorang wanita juga dilahirkan untuk mendengar kata-kata lelaki yang disayangi. Jika benarlah lelaki yang dia kahwini itu adalah lelaki yang dia sayangi, dia akan menurut segala nasihat si suami. Dan si suami harus mainkan peranan, jalankan usrah di rumahnya, ajarkan si isteri, bimbinglah dia, kerana berjayanya seorang isteri berubah menjadi seorang wanita mukminah terletak pada lelaki yang dia sayangi. Ah, jangan tipulah wahai wanita sekalian, jika tidak, masakan ada yang sanggup membunuh diri kerana putus cinta. Masakan juga ada wanita yang acap kali dilihat menurut seperti sudah dipukau melakukan apa sahaja apabila lelaki yang disayangi memintanya melakukan.

Itulah wanita dan begitu jugalah seorang suami perlu memainkan peranan. Jika tidak, jangan anggap diri itu seorang ketua, kerana takut untuk berjawab di sana sama ada sudah terjawab atau tidak tanggungjawab.

Jangan mengharapkan kesempurnaan pada seseorang tetapi masing-masing memainkan peranan. Jangan sesekali wahai manusia-manusia mengharapkan kesempurnaan kerana kita juga tidak sempurna. Jalankan peranan dan pastilah akan ada sakinah dan mawaddah wa rahmah hadir di rumah kalian. Wallahualam

Kuku - belum berkeluarga, hnya luahan rasa, minta tunjuk ajar jika tersalah tafsiran dan bahasa...

No comments:

Post a Comment

Harbor Lights